KADET REMAJA SEKOLAH DAERAH KINTA

Perlembagaan

Utama
Sejarah KRS
Perlembagaan
Ahli Jawatankuasa Daerah
Takwim Aktiviti Daerah Kinta
Papan Buletin
Hubungi Kami

1.0   Nama dan alamat berdaftar

 

  1.1       Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama

Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi sekolah rendah

    

1.2       Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

 

a.               Peringkat Kebangsaan:

 

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Paras 5, Blok J Selatan, Pusat Bandar Damansara,            

50604 Kuala Lumpur.

 

b.               Peringkat Negeri:

 

                  Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

 

c.               Peringkat Daerah:

 

                        Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

 

d.               Peringkat Sekolah:

 

    Sekolah berkenaan.

 

e.        Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.

 

     2.0  Tujuan

 

            Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:

           

2.1      Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

 

2.2      Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

 

2.3      Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

 

2.4      Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

 

2.5      Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

 

2.6      Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

 

2.7       Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

 

ILMU IMAN AMAL